27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Peminat hanya mahu lagu ‘Ramalanku Benar Belaka’ – Zarul

Mesti Baca

PENYANYI dan pelakon, Zarul Husin akur apabila peminat lebih memilih lagu Ramalanku Benar Belaka berbanding lagu baharunya.

Bekas vokalis kumpulan Umbrella itu berkata, pernah beberapa kali dia menghasilkan single baharu namun ia kurang mendapat sambutan berbanding lagu Ramalanku Benar Belaka.

“Saya mula menghasilkan single baru pada 2014 dan kali terakhir pada 2021 namun setiap kali membuat persembahan peminat tetap mahukan lagu Ramalanku Benar Belaka.

“Disebabkan itu lagu-lagu baharu saya kurang dikenali malah ada yang tidak tahu saya ada lagu baharu selain lagu bersama Umbrella itu,” kata Zarul ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit, baru-baru ini.

Katanya, berikutan itu dia menjadi ‘malas’ untuk tampil dengan lagu baharu sebaliknya selesa menyanyikan lagu-lagu yang sedia ada sahaja.

“Rasa sedikit kecewa namun saya perlu akur dengan permintaan peminat apatah lagi sekarang persaingan dengan artis muda juga agak mencabar.

Advertisements

“Malah ada juga artis baharu atau dari program realiti yang susah hendak popular lagu mereka inikan pula saya yang sudah lama.

“Oleh itu, saya memilih untuk fokus pada lakonan dan tangguh dulu hasrat untuk tampil dengan single baharu,” katanya lagi.

Namun begitu, Zarul bersyukur rezeki dalam lakonan mahupun nyanyian tidak pernah putus diterima.

“Walaupun lagu-lagu saya kurang dikenali saya bersyukur masih menerima tawaran menyanyi dan berlakon.

“Apabila membuat persembahan lagu Ramalanku Benar Belaka itu bagaikan lagu ‘wajib’ untuk saya nyanyikan di mana-mana sahaja,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan