32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris beri sumbangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi semalam, berkesempatan menziarahi keluarga dua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan beliau kepada keluarga Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib dan Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin.

“Semalam Setiausaha Politik saya Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi waris keluarga kepada Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib dan Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak dan Kampung Ketari, Bentong.

“Kedua-dua Allahyarham merupakan antara mangsa pesawat Beechcraft Model 390 yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Advertisements

“Saudara Farhan turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya kepada keluarga mangsa.

“Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini,”katanya.

Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan