Thursday, June 4, 2026

Pemuda UMNO mampu bawa parti bangkit kembali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPIMPINAN Pemuda UMNO hari ini mampu untuk membawa parti bangkit kembali.

Keyakinan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena genap 74 tahun Pemuda UMNO.

Ismail Sabri yang juga bekas Naib Presiden UMNO berkata, hari ini, Pemuda UMNO genap 74 tahun berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Politik saya bermula dengan Pemuda UMNO.

“Ia mengajar tentang idealisme dan membina jati diri untuk melangkah satu demi satu anak tangga sehingga ke puncak tertinggi, meneraju pentadbiran negara.

“Pemuda sifatnya berani. Tidak takut menyatakan pendirian atas kepentingan parti dan rakyat,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Pemuda juga mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk memastikan idealisme UMNO tidak tercemar dan sentiasa diminati oleh anak muda.

“Saya percaya dengan keberanian kepemimpinan Pemuda hari ini mampu untuk membawa parti bangkit kembali.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Pemuda UMNO ke-74. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan