26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pemuda UMNO perlu ‘asah, asapkan api kepahlawanan keris’

Jika ada yang rosak, bantulah baiki. Jika ada yang khilaf, teruskan menegur. Jika menurut biarlah berakal, jika mengikut biarlah pintar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mahu Pergerakan Pemuda UMNO terus ‘asah, asapkan api kepahlawanan keris’ teruskan berjuang demi UMNO yang kita sayang.

Beliau berkata, Pemuda UMNO harus terus berperanan dalam memastikan UMNO kekal relevan, kembali diterima rakyat, dan memacu kebangkitan yang diharapkan.

“Sejak sekian lama, keberanian, kecekalan dan semangat juang kepahlawanan Melayu yang ditonjolkan oleh tokoh-tokoh Pemuda UMNO lah, menjadi asbab utama dalam memastikan UMNO terus dihormati, diyakini dan disanjungi rakyat.

“Kini sudah tiba masanya untuk Pemuda UMNO bangkit dengan semangat juang paling jitu dalam mengembalikan maruah dan kegemilangan parti,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Wan Rosdy berkata, dekati, fahami dan tambatlah hati anak muda untuk menyokong kita.

“Inilah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini.

“Berjuanglah. Kita tidak rela keris panjang warisan ini tersisip di dinding, tajam, tapi lena di dalam sarungnya.

“Maka, pamerkan keberanian dan kepintaran yang diwarisi Pemuda untuk terus mencorak parti. Jika ada yang salah, bantulah betulkan.

Advertisements

“Jika ada yang rosak, bantulah baiki. Jika ada yang khilaf, teruskan menegur. Jika menurut biarlah berakal, jika mengikut biarlah pintar,”katanya.

Menurut beliau, dalam tempoh 74 tahun sejak penubuhannya, pelbagai peristiwa besar dan bersejarah telah dilalui oleh Pergerakan Pemuda UMNO termasuklah bersama-sama berjuang hingga berjaya memerdekakan tanah air yang tercinta ini daripada belenggu penjajahan.

“Namun, situasinya cukup berbeza pada hari ini. Parti UMNO yang dahulunya cukup berjasa besar memerdekakan dan memajukan negara, telah semakin dilupai dan menghadapi krisis keyakinan rakyat.

“Keadaan ini seharusnya menuntut kesedaran dan komitmen tidak berbelah bahagi daripada Pemuda UMNO selaku tiang seri dan tonggak utama parti laksana ‘keris panjang berkeluk’ yang digeruni lawan.

“Kita orang parti. Maknanya, apa jua tindakan yang hendak kita lakukan, letak lah misi, visi dan kepentingan parti di hadapan.

“Selaku Naib Presiden UMNO, saya akan sentiasa mendukung dan menyokong apa jua agenda yang hendak dibawa oleh Pemuda, selagi mana ia selaras dengan matlamat parti yang kita sayang ini.

“Asahlah, asapkan api kepahlawanan keris ini. Teruskan berjuang, demi UMNO yang kita sayang. Selamat Ulang tahun ke-74, Pemuda UMNO Malaysia!.” ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan