26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Hilang 8 tahun, seorang wanita ditemui selamat

Mesti Baca

DILAPORKAN hilang sejak lapan tahun lalu, seorang wanita dari Oakland, Amerika Syarikat ditemui selamat dan sihat.

Jabatan Polis Oakland berkata, Lisa Hu menghubungi polis, memaklumkan dia tidak pernah hilang dan tidak menyedari sebarang laporan telah difailkan berhubung ‘kehilangannya’.

“Seseorang melaporkan dia hilang tetapi dia sebenarnya tidak hilang. Jika seseorang dilaporkan hilang, kami harus membuat susulan dan cuba mengesan mereka, kata jurucakap Jabatan Polis Oakland kepada People.

Lisa, 31, pertama kali dilaporkan hilang pada 8 Disember 2015. Polis Oakland tidak mendedahkan siapa yang memfailkan laporan awal.

Keluarganya mendakwa Lisa berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik semasa dia dilaporkan hilang, lapor CBS News.

Advertisements

Wakil Jabatan Polis Oakland, kes Lisa dianggap sebagai ‘kes hilang yang masih berterusan’ dan pihak berkuasa cuba mendapatkan lebih banyak petunjuk untuk mencari keberadaannya.

“Dia kemudiannya tampil dan memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak pernah hilang,” kata jurucakap polis.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan Lisa daripada senarai orang hilang selepas dia dikenal pasti dan disahkan selamat.

Walaupun polis tidak berkongsi di mana Lisa berada selama lapan tahun ini, mereka mengesahkan dia berada dalam keadaan sihat dan bebas. – Agensi

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan