34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Seorang mangsa hilang ketika menyelam ditemui selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG daripada empat pelancong asing yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, Mersing ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Kristine Gordem, seorang warganegara Norway dibawa dengan menaiki helikopyer ke Stadium Mini Mersing pada pukul 12.05 tengah hari ini.

Wanita berusia 35 tahun itu merupakan jurulatih selam kepada warganegara Britain, Andrian Petera, 46 dan anaknya Nathan Renze, 14, (Belanda) serta seorang remaja warga Perancis, Alexia Alexandra, 18 yang kesemuanya masih hilang.

Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing itu dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman.

Sementara itu, polis Johor menahan seorang tekong bot yang membawa empat pelancong asing yang hilang tersebut.

Dia ditahan kira-kira jam 11.30 malam, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil bagi memberi keterangan, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut meninjau kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa berkata, seramai 90 anggota penyelamat, 18 bot dan 2 helikopter telah dikerahkan dalam operasi tersebut.

“Operasi yang melibatkan 107 batu nautika ini melibatkan enam agensi utama iaitu Pejabat Daerah Mersing, PDRM, APMM, ATM, Bomba dan Perikanan.

“Patik juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor yang berkenan mengurniakan dua kapal selam (diving boat) bagi tujuan operasi ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan dan agensi terlibat sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari semua mangsa dan berharap serta berdoa agar ahli keluarga terus tabah dan bersabar pada ketika ini.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mencari dan menyelamat ini,” katanya.

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan