Saturday, June 13, 2026

Gempa bumi Turkiye: Angka korban kini lebih 23,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ANGKA kematian susulan gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria minggu ini semakin meningkat kepada 23,726, kata Menteri Kesihatan Turkiye Fahrettin Koca.

Di Turkiye, angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 20,213 dengan 80,052 yang lain dilaporkan cedera, menurut Astro Awani.

Jumlah kematian di Syria setakat ini ialah 3,384 – termasuk 2,166 di kawasan yang dikuasai pemberontak di barat laut, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets.

Sementara 1,347 kematian dicatat di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, menurut media kerajaan Syria.

Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas ialah 5,245, dengan 2,295 di kawasan dikawal kerajaan dan 2,950 di kawasan dikuasai pemberontak. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan