32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Maritim Malaysia catat 1,143 kes tangkapan tahun lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang telah digerakkan oleh agensi ini sepanjang tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan perairan maritim negara.

“Saya dimaklumkan, pada tahun lepas sahaja hampir RM4.8 juta hasil rampasan diperolehi manakala lebih RM45 juta denda dan kompaun telah dikeluarkan kepada pesalah yang telah ditahan oleh pihak Maritim Malaysia.

“Daripada jumlah yang direkodkan itu tadi, Maritim Malaysia telah membuktikan mereka memiliki kemahiran dan kepakaran setanding dengan agensi penguatkuasaan yang lain di dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Lintas Hormat Aset Laut, Udara dan Darat berkonsepkan `Fleet Review’ berhampiran pejabat Zon Maritim
Sandakan,Sabah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke agensi ini hari ini.

Baca juga:   Bot kenka tidak dikendalikan pemilik ditahan APMM

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Saifuddin turut mengakui melalui aset-aset terkini yang ditunjukkan, beliau yakin
agensi ini mampu mengawasi keselamatan perairan negara serta dapat menjayakan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut.

“Sebanyak 11 buah kapal, tiga buah pesawat udara dan empat buah bot pengiring keselamatan terlibat dalam acara lintas hormat sebentar tadi. Ini merupakan sebahagian daripada aset Maritim Malaysia yang digunakan dalam penugasan dan operasi agensi ini, “katanya.

Baca juga:   Tak elok gelar sesiapa pun 'pelacur' - Najib

Masih mengekalkan tema sebelum ini iaitu “Kami Serius Melaksanakannya” . Tema
ini dilihat mampu menyemarakkan semangat setia, dedikasi dan kesungguhan warga Maritim Malaysia dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada agensi ini.

Pada sambutan pada kali ini, Maritim Malaysia turut melaksanakan Eksesais Maritim
Perkasa bil 2/2023 di perairan Negeri Sabah.

Eksesais ini adalah latihan dalam bentuk operasi dari sudut memperkasakan dan meningkatkan kompetensi keberadaan aset-aset Maritim Malaysia di laut dan udara dalam strategi membanteras jenayah di perairan negara.

Selain Eksesais Maritim Perkasa, orang ramai yang hadir ke sambutan ini turut dapat menyaksikan demontrasi Pasukan Khas dan Penyelamat (PTK), pameran daripada agensi kerajaan dan berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan. – Edisi 9

Baca juga:   KKM nyata kebimbangan sub-lineage BA.2 varian Omicron

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan