Tuesday, July 21, 2026

Gempa Turkiye: Anwar hubungi Erdogan sampaikan rasa simpati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebaik tiba dari Bangkok, Thailand selepas lawatan rasmi selama dua hari di negara jiran itu.

“Sejurus tiba dari Bangkok semalam, saya sempat bercakap dengan Presiden Turkiye untuk sampaikan ucapan dan doa atas tragedi bencana gempa yang menimpa Turkiye.

“Kerajaan Malaysia telah mengutus dua pasukan mencari dan menyelamat SMART serta membina satu ‘field hospital’, selain rakyat yang turut mengumpul dana bagi membantu saudara di sana,” ciap beliau menerusi laman Twitter rasminya hari ini.

Terdahulu media melaporkan kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan berjumlah lebih AS$2 juta (RM8.6 juta) kepada Turkiye dan Syria berikutan kejadian gempa bumi melibatkan kedua-dua negara itu pada Isnin lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak AS$1 juta adalah daripada Kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata, sejumlah RM10 juta lagi disumbangkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan di mana turut bersetuju secara bersama dalam permulaan penyaluran dana tersebut. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan