Tuesday, July 21, 2026

MAHAR seru rakyat Palestin berlindung di Malaysia dibantu

Mesti Baca

MALAYSIAN Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) menggesa agar kerajaan turut memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang sedang berlindung di negara ini.

Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, pihaknya menyeru agar dokumen sah dan permit kerja diberikan kepada pelarian Palestin agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sementara menunggu pemulihan Gaza.

“Sokongan juga perlu diberikan kepada pelajar-pelajar Palestin di Malaysia, yang keluarganya terjejas akibat konflik berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MAHAR menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membantu mempercepatkan proses pembinaan semula Gaza di Palestin.

Katanya, MAHAR komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, menggerakkan kepakaran dan memastikan sumber yang diperlukan disalur dengan berkesan bagi menjayakan usaha tersebut.

Sementara itu, Jismi berkata, melalui inisiatif Dapur Ihsan, MAHAR terus menyediakan makanan siap masak setiap hari kepada mereka yang memerlukan.

Di samping itu, katanya, MAHAR juga meneruskan penghantaran bekalan makanan dan bantuan penting kepada komuniti yang terkesan di Gaza.

“Usaha kemanusiaan bukan sekadar memerlukan keprihatinan tetapi juga ilmu, strategi dan kesediaan menghadapi cabaran di lapangan.

“MAHAR kekal teguh dalam misi membantu saudara kita di Palestin dan bersedia menyokong visi kemanusiaan Malaysia secara menyeluruh,”katanya.

MAHAR juga jelas beliau, akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan bantuan kemanusiaan yang lebih menyeluruh dan berkesan sama ada di Malaysia mapun di peringkat antarabangsa.

ebelum ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggerakkan usaha untuk membina sebuah sekolah, sebuah hospital dan sebuah masjid di bawah program pembangunan semula Gaza yang musnah akibat serangan tentera Israel.

Menurut beliau, usaha itu akan direalisasikan dengan mengembleng sinergi dan kerjasama semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta, perniagaan, korporat dan seluruh rakyat.

“Pengumuman gencatan senjata di Gaza selepas pembantaian kejam yang meragut lebih 46,000 nyawa dan menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal, harus disambut dengan perancangan pemulihan Gaza,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan