27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

GPM Malaysia lancar kempen bangun semula bumi Palestin

Mesti Baca

GLOBAL Peace Mission (GPM) Malaysia melancarkan kempen untuk melaksanakan pemulihan semula Gaza yang musnah akibat pembantaian membabi-buta zionis Israel.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syahrir Azfar Saleh berkata, kempen yang dimulakan sejak 16 Januari lalu akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek pemulihan yang kritikal.

Beliau berkata, pihaknya akan membaiki dan membina semula rumah serta kediaman yang telah rosak atau musnah akibat bedilan dan serangan ganas zionis di Gaza.

Menurutnya, GPM juga akan membangunkan semula pendidikan, termasuk membina kembali Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir yang telah dimusnahkan semasa konflik, dan memberikan sokongan segera kepada pelajar di Gaza agar dapat memulakan pendidikan mereka.

“Memberikan sokongan perlindungan kepada anak-anak Gaza yang menjadi yatim melalui kempen anak angkat Gaza GPM.

“Membangunkan ekonomi jangka panjang, termasuk membina semula ladang ternakan ayam moden serta kilang roti bagi memastikan keperluan makanan rakyat Gaza dapat dipenuhi,” katanya.

Selain itu, Syahrir Azfar berkata, pihaknya juga akan meneruskan bantuan kecemasan lain seperti bantuan khemah, makanan asasi, bekalan air bersih, kit kebersihan, dan keperluan kehidupan lain yang amat penting
dan mendesak.

Advertisements

Beliau berkata, usaha tersebut secara tidak langsung sebagai sokongan kepada inisiatif kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mempercepatkan pembangunan semula Gaza.

“GPM percaya dengan usaha ini bukan sahaja akan memulihkan Gaza dari segi fizikal, tetapi juga memberikan harapan dan kekuatan kepada rakyat Palestin untuk terus bertahan dan membina masa depan yang lebih baik.
“Kami mengajak semua pihak, termasuk rakyat Malaysia dan organisasi masyarakat sivil, untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini.

“Kami berdoa agar usaha ini diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT, serta membawa keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Gaza dan Palestin,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggerakkan usaha untuk membina sebuah sekolah, sebuah hospital dan sebuah masjid di bawah program pembangunan semula Gaza yang musnah akibat serangan tentera Israel.

Menurut beliau, usaha itu akan direalisasikan dengan mengembleng sinergi dan kerjasama semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta, perniagaan, korporat dan seluruh rakyat.

“Pengumuman gencatan senjata di Gaza selepas pembantaian kejam yang meragut lebih 46,000 nyawa dan menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal, harus disambut dengan perancangan pemulihan Gaza,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan