31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

45 Orang Asli tidak terima BPR diberi bantuan RM2,500

Mesti Baca

SERAMAI 45 penduduk Orang Asli yang menjadi mangsa banjir di Mersing, Johor baru-baru ini menerima bantuan sebanyak RM2,500 daripada Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa).

Pengarah Jakoa Negeri Johor, Faisal Long berkata, bantuan tersebut bagi menyelesaikan isu salah faham berhubung Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) bagi mangsa banjir di Kampung Peta dan Kampung Labong.

Beliau berkata, mangsa banjir yang menerima bantuan BPR dari Pejabat Daerah Mersing sebelum ini tetapi kurang daripada jumlah ditetapkan iaitu sebanyak RM2,500 juga menerima pembayaran tambahan.

Advertisements

“Wang BPR berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah Mersing dengan dibantu kakitangan JAKOA di pejabat JAKOA Daerah Mersing pada 28 Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faisal berkata, tindakan segera itu diambil susulan aduan penduduk Orang Asli Kampung Peta dan Kampung Labong tidak menerima BPR yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Mersing melalui semakan kerosakan rumah akibat banjir oleh JKR Mersing.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembayaran BPR untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Peta akan dilaksanakan segera sebaik laluan ke kampung berkenaan yang ditutup akibat banjir dibuka semula. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 buah...

Lagi Artikel Berkaitan