30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota

Mesti Baca

ISTERI Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Januari).

Gelaran baharu itu diumumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dI laman Facebook The Royal Johor.

“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan kuasa hak dan keistimewaan baginda di bawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.

“Bagi versi bahasa Inggeris, Her Highness Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Oleh itu, Abdul Rahim memaklumkan, mulai 1 Januari 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan.

Che Puan Mahkota dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 dan selamat diijab kabul dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Okt 2014.

Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan