32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Raja dadah Malaysia ditahan di Laos

Mesti Baca

LELAKI warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana aktiviti penyeludupan dadah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lalu.

Warga Malaysia berusia 39 tahun itu didakwa raja dadah dan anggota penting sindiket yang dikatakan bersembunyi di Laos, menurut polis Thailand.

Penolong Ketua Polis Negara, Pol Lt Jen Panurat Lakboon berkata, Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) telah melakukan siasatan terhadap lelaki itu yang disyaki sebagai dalang utama dalam membekal dan menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.

Panurat berkata, lelaki itu ditahan di Laos pada 29 Disember.

“Suspek terbabit dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos.

“Dia juga menggunakan Thailand untuk aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit penyeludupan dadah ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.

Advertisements

“Penahanan itu adalah hasil siasatan berterusan dan kerjasama rapat antara agensi penguatkuasa Thailand, Malaysia dan Laos,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik rampasan dadah pada Jun tahun lalu iaitu rampasan membabitkan 998 kilogram methamphetamine kristal dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi, kata Panurat.

Waran tangkap kemudiannya dikeluarkan terhadap suspek pada Ogos tahun yang sama.

Pihak berkuasa Thailand kemudian merampas aset warga Malaysia itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barangan berharga lain di seluruh Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.

Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas adalah 85 juta baht (RM11.4 juta). -Bernama

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan