32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ops Kutip: 238 warga asing ditahan di Kota Bharu

Mesti Baca

SERAMAIĀ 238 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 sempena Ops Kutip di Kota Bharu, Kelantan, pada Jumaat.

Antara kesalahan berkenaan ialah tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, warga asing yang ditahan termasuk dari Pakistan, India dan Thailand.

Manakala warga Myanmar paling ramai membabitkan 115 lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak.

“Kita turut menahan 13 warga Nepal, 14 warga Indonesia dan 76 warga Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Beliau yang mengetuai operasi berkenaan di sekitar bandar Kota Bharu berkata, Ops Kutip dilaksanakan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan (JPN) dan Polis Diraja Malaysia.

Katanya, operasi jam 10 pagi itu dilakukan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia negeri Kelantan.

“Sebelum itu kami melakukan pemantauan dan pemeriksaan terhadap warga asing terbabit di sekitar bandar Kota Bharu,” katanya.

Tambahnya, jabatan itu menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan