27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

CEO kelab bola sepak ditahan SPRM kerana terlibat rasuah

Mesti Baca

SEORANG Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah kelab bola sepak di sebuah negeri di utara Semenanjung ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM6 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan perkara itu berkata, CEO berkenaan ditahan ketika hadir di pejabat SPRM Kedah bagi dirakam keterangan.

Dia ditahan reman mulai hari ini sehingga Ahad ini kerana disyaki menjadi antara empat individu yang meminta rasuah.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.

Advertisements

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

“Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” kata Majistret Mahkamah Majistret Alor Setar, Siti Norhidayah Mohd Noor seperti dilapor Stadium Astro hari ini.

Memetik laporan media, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu telah ditahan sekitar pukul 5 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan