27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PM seru pimpinan universiti lakukan anjakan paradigma

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim para pimpinan universiti dan cendekiawan untuk melakukan anjakan paradigma bagi menyelesaikan permasalahan dalam sektor pendidikan tinggi.

Menurut Perdana Menteri, perubahan yang sistematik diperlukan bagi merangka penyelesaian permasalahan tersebut dan bukannya sekadar penyesuaian secara kecil-kecilan.

Beliau berkata, antara masalah yang mencengkam sektor pendidikan tinggi merangkumi perihal identiti, falsafah pendidikan, keperluan negara dan budaya serta desakan dan tuntutan semasa yang perlu ditangani semuanya.

“Untuk mendepani tantangan yang begitu kritikal dalam dunia pasca normal, saya lontarkan cabaran buat cendekiawan dan pimpinan universiti untuk melakukan anjakan paradigma, yakni perubahan yang sistemik dan bukan sekadar penyesuai kecil-kecilan, dalam merangka penyelesaian.

“Jika pimpinan universiti dan pemikir masih merencana formula sama seperti mana yang dilakukan 20 atau 30 tahun lalu, maka kita akan ketinggalan landasan. Justeru proses perbincangan dan kelulusan yang berselirat dengan karenah birokrasi perlu diperhalusi,” kata Perdana Menteri.

Advertisements
Anwar Ibrahim dan Zambry Abdul Kadir bersama para pimpinan universiti, cendekiawan dan pakar pendidikan tinggi yang menghadiri Wacana Strategi KPT di Kuala Lumpur. – Foto: PMO

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kira-kira 500 peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi universiti awam dan swasta, cendekiawan, pakar, tokoh pendidikan serta para pemain industri menghadiri diskusi tersebut.

Anwar berkata, anjakan paradigma turut dilakukan beliau dengan memperkenalkan pembaharuan dalam Jemaah Menteri.

Misalnya, jelas beliau, apabila diputuskan pelaksanaan dasar peralihan tenaga, ia harus direalisasikan dalam tempoh dua bulan dan bukan seperti amalan lalu yang mengambil masa antara enam bulan hingga satu tahun untuk melaksanakan satu-satu keputusan.

“Seluruh pendekatan kita perlu berubah. Pokoknya kita harus ketepikan polemik titik-bengik, sebaliknya kalangan pemikir bangsa harus melihat keutamaan iaitu melakukan anjakan, perbaiki kelemahan, mendidik anak-anak kita supaya mereka mampu bersaing dengan yakin, sekali gus mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan