33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Zahid perkenal Aspirasi Desa Madani berteraskan K.K.D.W

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memperkenalkan Aspirasi Desa Madani sebagai langkah untuk dicerakinkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sepanjang tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, aspirasi tersebut berpaksikan empat akronom K.K.D.W iaitu merangkumi Kemahiran dan pengetahuan, Keberkesanan dan kecekapan, Data dan digital serta Wow factor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Aspirasi Desa Madani yang berteraskan Malaysia Madani akan menjadi haluan baharu kepada kementerian sesuai dengan kehendak masyarakat desa pada masa ini.

“Selain itu, saya juga telah melontarkan beberapa pendekatan dan sasaran awal yang boleh dijadikan sebagai program game-changer dan berimpak tinggi untuk diperhalusi serta dibincangkan bersama oleh seluruh warga KKDW,” katanya dalam Amanah Tahun Baharu 2024 KKDW di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang serta Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun.

Sebahagian pegawai kanan dan kakitangan KKDW serta agensi di bawahnya yang hadiri dalam program Amanat Tahun Baharu KKDW 2024 di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, antara sasaran tersebut ialah Desa to Global (D2G) yang bermatlamat mengangkat potensi produk dan perkhidmatan usahawan desa bagi pasaran dalam dan luar negara.

Selain itu, beliau berkata, KKDW juga akan mensasarkan Profit Center Thinking iaitu melaksanakan sesuatu yang mempunyai matlamat yang boleh membawa pulangan kewangan secara langsung atau tidak langsung beserta pendekatan low cost, high profit.

Advertisements

“Ia juga perlu disusuli dengan The Customer Satisfaction Index (CSI) atau Indeks Kepuasan Pelanggan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan ditawarkan,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata, After Sales Service iaitu setiap inisiatif Kementerian yang telah disalurkan kepada golongan sasar seperti bantuan infrastruktur, latihan, perniagaan dan sebagainya dipantau secara berterusan bagi memastikan rakyat benar-benar merasai bantuan yang disediakan.

Katanya, KKDW juga akan menumpukan Success Story on TVET dengan memberikan liputan yang sewajarnya dalam menguar-uarkan keberkesanan pendidikan TVET dalam melahirkan tenaga mahir negara yang berkualiti dalam pelbagai lapangan bidang.

“Kita maklum persepsi TVET sebagai bidang pengajian kelas kedua masih wujud. Justeru, perkongsian kisah kecemerlangan TVET dapat memangkin agenda ini untuk diterima rakyat khususnya buat belia di desa,” kata beliau.

Beliau berkata, pihaknya juga menumpukan Halal to Global (H2G) untuk melihat usaha Malaysia menjadi hub utama industri halal dunia diperkasakan melalui pembangunan produk halal global yang diterajui oleh usahawan tempatan terutamanya oleh para usahawan di perdesaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada seluruh warga KKDW bahawa mereka akan berjaya mengharungi apa jua cabaran yang ada.

Beliau juga berharap semua pihak dalam kementeri itu dapat memberikan usaha yang terbaik untuk memastikan agenda pembangunan desa akan terus dapat dilaksanakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan