27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Konsert ‘Voice Of The Heart’ satukan jiwa, bantu rakyat Palestin

Mesti Baca

KRISIS peperangan yang berlaku sejak 7 Oktober 2023 lalu di Palestin telah memberi kesan bukan sahaja rakyat dalam negara malah di seluruh dunia.

Apa yang berlaku di Palestin sekarang ini akan memberi kesan yang besar kepada kita. Implikasi kepada peperangan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang. 

Tidak hanya itu, ramai umat islam yang telah terkorban. Krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah serta menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan. 

Simpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, syarikat pengurusan acara CS Excellent tampil menganjurkan Konsert Voice Of The Heart yang bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert Voice Of The Heart menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakri.

Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, tujuan dan matlamat utama Konsert Voice Of The Heart untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di Palestin yang amat memerlukan bantuan.

Antara bantuan yang diperlukan seperti makanan, tempat tinggal, perubatan dan infrastruktur.

Tidak lupa juga kepada Persatuan Artis Veteran Malaysia dan Pertubuhan Limpahan Kasih (Anak-Anak Yatim dan Asnaf).

“Kita tahu, mereka ini juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka.

“Dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki bersama. Diharap sumbangan yang bakal disalurkan ini adalah menyeluruh.

“Konsert Voice Of The Heart adalah persembahan kedua terbesar yang kami anjurkan. Sebelum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rhythm Of Legends Live In Concert di Plenary Hall KLCC membabitkan barisan penyanyi negara antaranya Datuk Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emcees dan ramai lagi.

“Sepanjang hampir enam tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya.

Marinatasha berkata, sebelum ini ada ramai artis lain yang mereka jemput untuk terbabit sama, tapi hanya ini sahaja yang tersenarai dan berkelapangan untuk persembahan ini.

Advertisements

“Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal.

“Dari segi persembahan, penganjur telah menetapkan konsep persembahan perjuangan dan kedamaian selaras dengan tujuan persembahan ini.

“Selain lagu popular, mereka juga turut menyampaikan beberapa buah lagu ditujukan khas buat Palestin dalam persembahan Istimewa itu nanti,” katanya.

Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia berkata, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

Dalam masa sama, Marinatasha mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur dan memberi sumbangan.

“Dengan bantuan ini, kita sedaya upaya membantu golongan Keluarga Syuhada dan Keluarga Miskin di sana. Ayuh berdoa dan menyumbang sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin.

“Sebelum ini, saya juga bersama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) terbabit dalam beberapa program amal.

“Malah, saya bersama seorang lagi Pengarah Urusan CS Excellent iaitu Qhal Mustaffa memang aktif menjalankan kerja sukarelawan. Apabila berlaku krisis kemanusiaan ini dapat dilihat bahawa masyarakat di Gaza telah hilang segala-galanya.

“Konsert ini diadakan bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Kepada pembeli tiket, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya.

Tiket konsert boleh didapati di myticketempire.com bermula esok, 6 Januari.

Harga tiket menyaksikan Konsert Voice Of The Heart seperti berikut White Team (Standing) : RM 99, Green Team (Seated) : RM199, Red Team (Seated) : RM299, Black Team (Seated) : RM399, VIP Box with Holding Room (4 seated and 4 standing) : RM5,000, Meet & Greet – Add on : RM150. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan