27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MRL beri keutamaan syarikat bumiputera dalam projek ECRL

Mesti Baca

SYARIKAT bumiputera diberi keutamaan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

Dalam satu kenyataan MRL berkata, China Communications Construction Company Ltd (CCCC) telah menetapkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan melantik 30 peratus sub-kontraktor serta pembekal tempatan.

Menurutnya, jumlah terbabit telah meningkat kepada 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perjanjian Tambahan Kontrak EPCC bertarikh 12 April 2019.

“Nilai kontrak yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera setakat 30 November 2023 adalah sebanyak RM2.66 bilion atau 76.07 peratus daripada sasaran RM3.50 bilion.

“Sebanyak RM1.69 bilion telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera,RM0.28 bilion kepada syarikat perunding bumiputera dan RM0.69 bilion kepada syarikat pembekal bumiputera.

“Jumlah RM1.69 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor bumiputera membabitkan 172 pakej kontrak iaitu Kelantan (28), Terengganu (79), Pahang (50) dan Selangor (15) kepada 129 syarikat kontraktor bumiputera bagi kerja-kerja projek ECRL di negeri terbabit,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, MRL diminta memperincikan nilai kontrak berjumlah RM2.59 bilion bagi kerja-kerja sivil projek ECRL yang dikatakan diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Abd Gapar Lambak berkata, perincian nilai kontrak itu perlu dibuat kerana angka dinyatakan amat meragukan.

Advertisements

MRL berkata, negeri-negeri yang terbabit telah menubuhkan jawatankuasa koordinator khas bagi tujuan mengesyorkan kontraktor bumiputera melalui proses pra-kelayakan (Pre-Q).

Susulan itu, pihak MRL telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi tujuan membuka platform kepada kontraktor bumiputera dalam pembinaan ECRL.

Jelasnya, dengan mengambil maklum isu berkaitan termasuk faktor komersial, MRL bersedia menangani isu daripada pihak berkepentingan.

Katanya, pihak CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat kontraktor bumiputera kelas G1 dan G2 yang telah disyorkan oleh pihak kerajaan negeri terbabit dalam masa terdekat.

“Pihak kami ingin menekankan bahawa usaha untuk memperkasa pembabitan bumiputera menerusi projek ECRL sentiasa menjadi keutamaan, walaupun Perjanjian EPCC hanya mensyaratkan pembabitan syarikat tempatan sahaja.

“Inisiatif tambahan yang sedang diambil oleh pihak CCCC adalah kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang terbabit bagi kontraktor bumiputera kategori G1 dan G2 bagi skop kerja yang bersesuaian.

“MRL juga menjangkakan nilai kontrak bagi syarikat bumiputera akan terus meningkat menerusi kerja-kerja pembinaan landasan ‘dual gauge’ dari Stesen ECRL Pelabuhan Klang (Jalan Kastam) ke dermaga Westports dan Northport,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan