29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Menyamar sebagai polis, buruh binaan ditahan

Mesti Baca

SEORANG buruh binaan ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis dengan memakai ves tertera ‘Polis’ di Jalan Pandan Cahaya 2/3 Pandan Cahaya, Ampang, Selangor, kelmarin.

Suspek berusia 27 tahun yang menunggang motosikal itu ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Ambang Tahun Baharu di lokasi terbabit, kira-kira jam 1.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata ketika ditahan, suspek gagal menunjukkan kad kuasa polis dan gagal memberikan alasan munasabah memakai ves ‘Polis’.

“Suspek ditangkap kerana disyaki menyamar sebagai penjawat awam sebagai polis dan kita turut merampas ves ‘Polis’ serta motosikal bersama kunci dan sekeping kad pengenalan.

Advertisements

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan semakan mendapati tiada rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu direman empat hari sehingga 4 Januari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar penjawat awam dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 iaitu memiliki secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan