25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aaron lega filem ‘Sayu Yang Syukur’ akhirnya temui penonton

Mesti Baca

HAMPIR lapan tahun menanti, pelakon dan pengarah Datuk Aaron Aziz akhirnya lega apabila filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur menemui penonton di seluruh pawagam tanah air.

Aaron, 47, berkata, mengikut perancangan filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada tahun 2016 lalu.

Namun atas beberapa perkara filem bergenre romantik itu akhirnya mula ditayangkan di pawagam, sejak 28 Disember lalu.

Selain proses pasca-produksi yang mengambil masa lama, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadi faktor tertangguhnya filem terbabit.

“Filem ini selesai menjalani penggambaran pada 2016 dan kita ambil masa agak lama untuk proses suntingan.

“Kami terpaksa lakukan suntingan banyak kali kerana filem ini dirasakan terlalu panjang dan saya tak mahu naskhah ini jadi meleret-leret.

Advertisements

“Apabila kerja suntingan selesai dan sedia untuk ditayangkan, berlaku pelaksanaan PKP berikutan penularan virus Covid-19.

“Ketika keadaan kembali pulih, kami dapati ada banyak genre filem yang lebih kurang sama. Oleh itu, kami buat keputusan untuk tangguh dahulu tayangan kerana tidak mahu kacau pasaran.

“Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur akhirnya filem ini dapat ditayangkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Sayu Yang Syukur yang diadakan di Damansara Utama, baru-baru ini.

Turut hadir barisan pelakon seperti Nora Danish, Arja Lee, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Kismah Johar, Raja Ema dan ramai lagi.

Filem Sayu Yang Syukur mengisahkan Liana lakonan Nora yang terbabit dalam kemalangan ketika pulang ke kampung dan ditemui Qudaim lakonan Aaron.

Pertemuan itu menjadi permulaan baharu buat Liana apabila maruahnya tercalar lantas mencetuskan kebimbangan andai nama baik keluarga terjejas. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan