Tuesday, July 21, 2026

Cubaan seludup 138,982 liter diesel subsidi guna kapal dipatahkan

Mesti Baca

SERAMAI enam warga asing ditahan kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya merampas sejumlah 138,982 liter diesel dalam serbuan itu.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM14.3 juta membabitkan diesel termasuk pam minyak serta hos ditemui dalam serbuan ke atas sebuah kapal minyak.

“Serbuan dijalankan Sel Risikan Utama Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) yang berperanan menangani isu penyelewengan barangan kawalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Hazani berkata, pasukan sama merampas diesel bersubsidi bernilai RM73.08 juta menerusi 66 serbuan di seluruh negara sejak 1 Januari lalu.

Pihaknya juga menahan 240 orang yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu di seluruh negara sepanjang tempoh sama.

“KDNKA komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan bersubsidi bagi memastikan hasil negara dilindungi dari ketirisan.

“Orang ramai dikehendaki menyalurkan maklumat kepada polis agar kegiatan jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. -Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan