Monday, July 20, 2026

Medan selera kena serbu, 55 warga asing ditahan Imigresen

Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, Bangladesh (tiga), Pakistan (satu), Myanmar (41) dan tiga warganegara Vietnam berusia antara 23 hingga 47 tahun.

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah medan selera di Puchong, Selangor dan menahan 55 warga asing atas pelbagai kesalahan, petang semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 6.30 petang, seramai 334 individu diperiksa membabitkan 60 warga asing manakala selebihnya warga tempatan.

Jurucakap JIM berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, Bangladesh (tiga), Pakistan (satu), Myanmar (41) dan tiga warganegara Vietnam berusia antara 23 hingga 47 tahun.

“Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika operasi dijalankan, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, sekali gus menyukarkan proses tangkapan.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa dan lain-lain pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Seiring prinsip Kerajaan MADANI yang menekankan undang-undang tanpa kompromi serta perlindungan terhadap kesejahteraan rakyat, JIM menegaskan bahawa sebarang cubaan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang,”katanya.

Beliau berkata, JIM komited memastikan penguatkuasaan imigresen dilaksanakan secara berintegriti, tegas dan berlandaskan undang-undang, selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan