Tuesday, July 21, 2026

Cadangan penubuhan Universiti Al-Quran idea Najib – Asyraf Wajdi

Cadangan awal penubuhan universiti itu, sekiranya BN terus menerajui negara, adalah di Pasir Puteh, Kelantan

Mesti Baca

CADANGAN penubuhan Universiti Al-Quran di Pahang adalah idea daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, ini kerana cadangan penubuhan Universiti Al-Quran itu dimasukkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu.

Menurutnya, cadangan awal penubuhan universiti itu, sekiranya BN terus menerajui negara, adalah di Pasir Puteh, Kelantan, bertujuan melahirkan lebih ramai graduan hufaz al-Quran di negara ini.

“Najib mencadangkan waktu dalam perbincangan untuk dimasukkan dalam Manifesto BN sebelum PRU-14 tahun 2018 lalu untuk dibangunkan di Pasir Puteh, Kelantan. Namun apakan daya Allah Maha Penentu segalanya.

“Akhirnya akan mula direalisasikan bermula Januari 2027 di Negeri Pahang. Menjunjung kasih Tuanku Sultan Pahang. Tahniah dan syabas juga buat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) atas usaha dan ikhtiar yang kuat untuk melaksanakannya. Moga dipermudahkan lagi diberkati Allah,” kata beliau menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Hantaran Facebook Najib Razak berhubung cadangan penubuhan Universiti Al-Quran pada 2018 lalu.

Semalam, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan perkenan baginda terhadap cadangan menjadikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) sebagai Universiti Al-Quran, yang pertama seumpama itu di dunia.

Naib Canselor UniPSAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, atas perkenan baginda, beliau menjangkakan universiti tersebut dapat dimulakan pengajian awal tahun depan.

“Kita sangat bersyukur kepada Allah SWT, tentang penubuhan Universiti Al-Quran ini mendapat sokongan daripada semua lapisan, daripada istana, Kerajaan Negeri, warga UniPSAS dan juga daripada masyarakat.

“Setelah kita (persembahkan) taklimat kepada Tuanku, dan keputusan-keputusan yang telah kita terima pada hari ini, insya-Allah, 2026 UniPSAS ini akan bertukar menjadi Universiti Al-Quran,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan