27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Media Prima, PTTI lancar misi bantu calon SPM

Mesti Baca

MENJELANG peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 (SPM 2023), Media Prima Berhad menerusi saluran ntv7 berkolaborasi dengan PTTI Group Sdn Bhd dalam usaha membantu calon-calon SPM 2023 membuat persediaan akhir.

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ akan bersiaran secara langsung sebanyak 16 episod di ntv7 bermula hari ini 9 Disember setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula dan teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

“Menerusi kolaborasi dengan Media Prima Berhad dimana ntv7 sebagai platform, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh semua A dalam SPM 2023 ini,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd. Efendi Omar; Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul; serta duta dan ikon PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 Seelan Paul berkata, mereka amat mengalu-alukan kolaborasi sebegini untuk mempelbagaikan lagi program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7.

“Kami berharap penonton ntv7 terutamanya calon-calon peperiksaan SPM 2023 akan mendapat manfaat besar daripada program ‘PTTI Pecutan Akhir SPM 2023’ yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan,” katanya.

Advertisements

Ikuti pembelajaran dan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman.

‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dikendalikan oleh tenaga pengajar PTTI yang berpengalaman iaitu Muhammad Faizul Abd Hamid (Dr Faizul), Siti Farhana Abu Osman (Miss Fana), Race Monsopiad Moujing Jr (Sir Race), Amirul Asyraf Mustafakamal Shah (Sir Berg), Khairul Kamaruddin (Mr. K), Asrin Haikal Amir Hamzah (Sir Asrin), Hafiy Hanani Sarju (Miss Hanani), Muhammad Dzulfahmi Salehuddin (Sir Fahmi), Mohd Rashdan Fauzan (Sir Rashdan), Muhammad Rozi Zulamran (Sir Rozi), Khairul Hamidi Khairul Anuar (Sir Midi), Umi Nazira Mohd Yunan (Miss Umi), dan Nur Lahaniz Daud (Miss Neez).

Mereka akan mengajar teknik-teknik menjawab berdasarkan analisis soalan percubaan SPM dari setiap negeri di Malaysia.

Di studio, tenaga pengajar PTTI juga akan berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar yang dijemput hadir ke studio untuk membantu mereka untuk memahami, menguasai dan cara untuk skor peperiksaan SPM.

Pelajar-pelajar yang dijemput ini secara tidak langsung dapat merasai pengalaman pembelajaran yang dikeudarakan secara langsung menerusi platform televisyen.

PTTI turut mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 (‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition).

Diharap dengan adanya kolaborasi ‘PTTI Pecutan Akhir SPM’ 2023 dapat memberi manfaat kepada pelajar SPM dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang.

Layari www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai program pendidikan PTTI. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan