SEBANYAK 32,000 tempat ditawarkan kepada lepas sekolah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) di politeknik dan kolej komuniti pada sesi pertama 2025/2026.
Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Mohd Zahari Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 24,000 tempat ditawarkan di politeknik manakala 8,000 di kolej komuniti.
Beliau optimis dengan sokongan semua pihak, sasaran tersebut dapat dicapai dan generasi TVET akan terus dapat dilahirkan bagi mengisi keperluan tenaga mahir negara.
Menurut berkata, TVET bukan sekadar laluan alternatif tetapi merupakan arus perdana pembangunan negara untuk hari ini.
“Politeknik dan kolej komuniti bukan lagi pilihan kedua, malah menjadi antara institusi TVET untuk membina modal insan yang berdaya saing dan relevan,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, sempena pengumuman keputusan SPM 2024 kelmarin, beliau menyeru para pelajar untuk memilih laluan TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pengajian mereka.

