Tuesday, July 21, 2026

Tawaran masuk politeknik, kolej komuniti sesi kedua dibuka

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti sesi kedua 2024/2025 kini dibuka.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT dalam kenyataan berkata, permohonan bagi peringkat sijil dan diploma membabitkan 36 politeknik dan 103 kolej komuniti dibuka mulai semalam hingga 4 November depan.

Kenyataan itu berkata, sebanyak 12,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian bagi sesi kedua dab tarikh kemasukan pada 6 Januari 2025.

“Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lulusan Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, lulusan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional), lulusan sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA, lulusan sijil Institut Kemahiran MARA, lulusan sijil Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3),” kata kenyataan itu hari ini.

KPT berkata, permohonan juga dibuka kepada murid yang tamat pengajian tingkatan lima, sekolah pendidikan khas bagi kemasukan ke 13 program Sijil Khas Kemahiran bagi kumpulan murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan di lima politeknik dan 12 kolej komuniti.

Katanya, pelawaan itu terhad kepada kumpulan murid kategori masalah pendengaran dan masalah pembelajaran sahaja.

Pemilik Sijil APEL juga adalah dipelawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Sijil.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan