25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KKGP ‘jemput’ pelajar kurang berkemampuan hadir mendaftar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KOLEJ Komuniti Gerik (KKGP) mengambil inisitiaf menjemput pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan tiada kemudahan kenderaan untuk hadir mendaftar ke kolej tersebut.

Pegawai Pengambilan Pelajar KKGP, Julias Henry berkata, pihaknya telah menjemput pelajar baharu, Mohamad Adam Abdul Latif bersama keluarganya yang tinggal di Pengkalan Hulu, Perak yang terletak kira-kira 60 kilometer dari kolej berkenaan.

“Anak sulung daripada dua beradik itu ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sijil Teknologi Automotif.

“Adam tinggal bersama ibunya yang juga merupakan ibu tunggal serta tidak bekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah beliau, KKGP terpanggil untuk membantu pelajar tersebut dibawa hadir mendaftar bagi merealisasikan impian pelajar terbabit untuk menimba ilmu kemahiran seterusnya boleh merubah nasib keluarga suatu hari nanti.

Katanya, inisiatif itu juga sebagai medan KKGP untuk melakukan amal kebajikan serta menyantuni masyarakat daripada pelbagai aspek. 

“Hal ini juga bagi menyahut hasrat Kerajaan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mendapat akses pendidikan di negara ini.

“Pada masa kini KKGP berusaha untuk mencari bantuan lain-lain untuk keperluan pelajar tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan