24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PM tunaikan hasrat anak sulung arwah Mohd Diya

Melanjutkan pelajaran dalam bidang automotif di Kolej Komuniti Bukit Beruang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT anak sulung anggota bomba yang terkorban ketika kerja-kerja menyelamat dalam kejadian banjir di Sungai Putat, Ayer Keroh bulan lalu untuk melanjutkan pelajaran mendapat perhatian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hari ini, Perdana Menteri menyerahkan surat tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti Bukit Beruang untuk Mohamad Daniel Hakimie kepada isteri Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, Noraida Che Nor.

Penyampaian berkenaan berlangsung di Bilik Gerakan Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, di Klebang, Melaka.

Turut hadir, Mohamad Daniel Hakimie sendiri serta adik-adiknya, Nurul Ain, 16 tahun, Muhammad Danish Hakim, 12 tahun, dan Nurul Anisah Ilya, 9 tahun.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, beliau berpeluang bertemu keluarga Allahyarham PBK II Mohd Diya Che Jusoh di Melaka sebentar tadi.

“Anak-anak masih di usia kecil, sayu melihat mereka, saya berikan kata-kata semangat untuk teruskan cita-cita dan impian.

“Semoga kita sama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia dapat memberi kekuatan bagi keluarga Arwah dalam menempuh dugaan ini. Al-fatihah,” katanya hari ini.

Advertisements

Terdahulu, media melaporkan isteri Allahyarham, meluahkan rasa terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri.

Manakala, bagi Muhammad Daniel Hakimil pula dia melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Perdana Menteri akan menyampaikan surat tawaran untuk dia melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Bukit Beruang dalam bidang automotif kemasukan tahun hadapan.

“Akhirnya impian dan hasrat arwah ayah saya menjadi kenyataan. Saya bangga dapat peluang melanjutkan pelajaran dan terharu apabila Perdana Menteri sampaikan surat ini kepada saya sekeluarga,” katanya.

Muhammad Daniel berkata, dia memang meminati bidang automotif sejak berusia enam tahun dan apabila menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, impiannya kini menjadi kenyataan.

Dalam kejadian 21 Oktober lalu, Mohd. Diya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah telah tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras sewaktu banjir kilat melanda di Kampung Sungai Putat.

Allahyarham disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka kira-kira pukul 3.11 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan