28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lima samseng jalanan ditahan, 420 saman dikeluarkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI lima samseng jalanan ditahan di sekitar Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Kuala Lumpur selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan pelbagai aksi seperti aksi zig zag, roket, Superman selain bersaing sesama mereka.

Selain itu, sebanyak 420 saman di atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan, Ops Motosikal dan Ops Pelbagai di beberapa kawasan sekitar ibu negara dalam operasi sejak 12 November lalu hingga awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah, operasi dilakukan dengan kekuatan 10 pegawai kanan dan 86 pegawai rendah polis di sekitar pusat bandar.

“Kesemua tangkapan berusia 18 hingga 26 tahun itu kemudiannya telah dibawa ke Balai Trafik Jalan Bandar dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkafli, sebanyak 420 saman juga telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 13 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 kerana didapati mengubah suai ekzos.

“Menerusi Operasi Pelbagai pula, seramai 11 lelaki yang berusia 22 hingga 68 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan juga telah dibawa ke Balai Trafik, Jalan Bandar dan akan dituduh di bawah seksyen yang sama,” katanya.

Menurutnya, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi membanteras sepenuhnya isu samseng jalanan di ibu negara serta menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan