29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

10 lelaki ditangkap kutip parkir haram di ibu negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 lelaki ditangkap kerana mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar ibu negara sejak Jumaat hingga awal pagi ini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Sarifudin Mohd. Salleh berkata, mereka yang ditangkap terdiri daripada lapan warga tempatan manakala dua lagi adalah warga asing.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas wang tunai yang telah dikutip daripada para pemandu secara paksaan.

“Kesemua tangkapan yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun telah di bawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan akan dituduh di bawah Seksyen 50(3) APJ 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain yang berkenaan dengan penjagaan kenderaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2) APJ 1987,” katanya dalam kenyataan sempena Op Bersepadu, Op Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan dan Op Mabuk hari ini.

Sarifudin berkata, dalam operasi yang turut membabitkan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur itu, sebanyak 750 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Katanya, operasi dijalankan di beberapa lokasi iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2).

Beliau berkata, sebanyak 38 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan ( ekzos ).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak JPJ serta diarahkan mengubah ke struktur asal,” katanya.

Selain itu, Sarifudin berkata, seramai 13 lelaki berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun ditahan di bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan