25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin, berhentilah ganggu pentadbiran PM

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh RAZLAN RAFII

SEMASA Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau telah diberikan kebebasan untuk menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan tanpa campur tangan daripada parti-parti yang mendokong beliau, meskipun ketika itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya minoriti dalam gabungan parti-parti kerajaan.

Barisan Nasional (BN) memberikan kepercayaan seluas-luasnya sehinggakan beliau boleh menentukan apa sahaja komposisi menteri di dalam Kabinet beliau ketika itu.

Langkah tersebut dilakukan atas niat bahawa UMNO mahu menyelamatkan negara daripada pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang telah merosakkan ekonomi, sosial serta amalan perundangan secara kuku besi.

Ketika Muhyiddin mentadbir kerajaan, beliau telah beberapa kali mengenepikan semangat kongsi kuasa antara parti gabungan.

UMNO banyak membantu dengan pelbagai cadangan bagi mencari jalan menyelesaikan permasalahan rakyat ketika itu.

Namun, beliau mengambil kesempatan meracuni pemikiran menteri-menteri UMNO supaya mengikut telunjuk beliau dan mengenepikan kehendak parti.

Malah, beliau sendiri telah melakukan banyak keputusan besar seperti Pengisytiharan Darurat tanpa merujuk dan memohon persetujuan daripada parti-parti gabungan.

Begitu juga dengan sikap pentingkan diri sendiri Muhyiddin ketika dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sehingga runtuhnya kerajaan negeri. Ini semua dilakukan secara bersendirian tanpa ada perbincangan dengan parti gabungan.

Kali ini beliau mendakwa mempunyai perjanjian ‘sulit’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau telah meletakkan pelbagai syarat di mana Perdana Menteri perlu akur dengan syarat yang direka khusus untuk memastikan kewujudan Muhyiddin dan partinya terus terpelihara.

Sekiranya syarat-syarat itu wujud, ia akan membawa satu keadaan yang memudaratkan pentadbiran negara.

Muhyiddin sepatutnya menghormati kepercayaan dan sistem demokrasi negara tanpa ada rasa prejudis kepada keupayaan Perdana Menteri.

Track record Muhyiddin yang terus menerus mengambil keputusan besar tanpa melihat kepentingan rakyat, malah membawa kepada kemudaratan rakyat semasa menjadi Perdana Menteri.

Justeru, negara dalam keadaan bahaya sekiranya setiap perkara yang hendak dilakukan oleh Perdana Menteri mesti mendapat perkenan Muhyiddin.

Dalam keadaan ini, negara seharusnya mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin bagi memperoleh mandat baharu, seterusnya mewujudkan keyakinan kepada sistem pentadbiran dan demokrasi negara.

Negara sudah mencapai imuniti kelompok, janji Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri kepada Istana Negara iaitu mengadakan PRU sebagai mencapai 80 peratus vaksininasi.

Hari ini, rakyat Malaysia bukan sahaja lengkap vaksinasi, malah sudah mempunyai dos penggalak, Justeru, tiada lagi alasan kononnya keputusan pembubaran Parlimen tidak menentingkan kesihatan rakyat.

Muhyiddin sekali lagi meletakkan kepentingan diri sekira mahu melewat-lewatkan PRU negara tiada kestabilan, ekonomi semakin meruncing disebabkan hilang keyakinan pelabur kerana ketidakstabilan politik.

Beliau hanya akan bersetuju sekiranya kemenangan akan wujud kepada pihaknya, biarpun rakyat sengsara, biarpun rakyat tidak cukup makan. Selagi Muhyiddin tidak yakin, beliau akan mencipta pelbagai alasan demi kepentingan mereka.

  • Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan