31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis siasat pegawai APM susulan video tular ingkar arahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka kertas siasatan terhadap pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ingkar arahan ketika kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Mega Jaya, Taman Mega, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya turut menyiasat pemilik akaun Facebook yang memuat naik video Komander Operasi Bencana sedang memberi arahan dan kawalan di tempat kejadian tanah runtuh.

Menurutnya, video berdurasi 55 saat itu disebarkan oleh pemilik akaun Facebook yang memaparkan salah seorang pegawai APM ingkar arahan yang diberikan oleh Komander Operasi Bencana.

“Malah, pegawai APM ini masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran. Kawasan ini adalah kawasan larangan di mana akan menjejaskan keselamatan pasukan carian dan akan menganggu usaha operasi menyelamat.

“Arahan juga sudah dikeluarkan oleh Komander Operasi Bencana supaya pasukan APM tidak dibenarkan memasuki tempat berkenaan selepas penilaian situasi dibuat dari segala sudut aspek keselamatan dan ruang yang terlalu sempit dan terhad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohamad Farouk lagi, dalam situasi berkenaan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga berada di dalam kawasan kejadian dalam usaha mencari dan menyelamat berkenaan.

Menurutnya, penyebaran video berkenaan telah menjejaskan reputasi pihak polis terutama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya serta boleh disalah tafsir oleh orang ramai.

“Susulan itu, polis membuka satu kertassiasatan dan diklasifikasikan kepada seksyen iaitu Sek 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mendatangkan khianat awam; Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Menurutnya, polis menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan dan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial tanpa membuat verifikasi terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan