24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Laung ‘bubar Parlimen!’ biadab, tak kena tempat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN segelintir penyokong Barisan Nasional (BN) yang menyambut kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan laungan “bubar Parlimen!” malam tadi dilihat biadab dan tidak kena pada tempatnya.

Ketua Pemuda UMNO Damansara, Amin Mohd Shukor berkata, tindakan mereka yang melaungkan teriakan itu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin kanan parti tiba di Bilik Gerakan BN di Johor Bahru boleh mengundang pandangan negatif rakyat.

Beliau memahami soal feel good factor dan usaha kesesuaian mendesak proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang disebut-sebut sebelum ini, namun ada ruang serta medan yang lebih sesuai untuk dibincangkan.

“Yang merisaukan saya, BN akan dilihat agak angkuh, gelojoh, sombong dan kurang cerdik memberikan gambaran persepsi menambat hati pengundi.

“Jangan kerana ingin meraih kredit dan mileage peribadi dari kepimpinan sehingga ada yang sanggup memaparkan kerendahan hati budi parti UMNO BN kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Selangor berkata, apa yang menyedihkan adalah sikap terjerit-jerit melakukan provokasi picisan terhadap Perdana Menteri dengan penuh bangga yang kemudian dirakam serta ditularkan.

AMIN MOHD SHUKOR

Amin berkata, dalam suasana rakyat Johor baru sahaja memilih dan masih belum lagi teruji khidmat bakti wakil rakyat yang dipilih, kegelojohan sikap dan ketidaksabaran menuju PRU-15 telah ditunjukkan oleh para penyokong BN.

“Saya akui yang semasa ini kita memiliki feel good factor dan dalam keadaan sekarang kita perlu bersikap opportunist untuk merangka pelan perlaksanaan masa depan,

Advertisements

“Bukannya dengan paparan sedemikian kerana akhirnya nama buruk dan meluat orang lain pula yang kita undang,” katanya.

Amin berkata, kemenangan BN dalam PRN Johor semalam bukan kerja seorang sahaja sebaliknya ia adalah hasil kerja keras berpasukan dan setiap orang memiliki keupayaan saling melengkapi terhadap kekurangan yang ada dalam pasukan.

“Perlu kita ingat yang kemenangan semalam bukan hanya kerana kita kuat dan kembali hebat, tetapi kerana banyak lagi faktor-faktor lain yang sedikit berpihak kepada kita dalam waktu yang kebetulan sesuai memenangkan kita,” katanya.

Beliau juga menasihati BN agar jangan leka, jangan sombong dan jangan riak dalam melakukan tindakan kerana rakyat dan pengundi sentiasa menilai dan memerhati dari semasa ke semasa.

“Kita raikan yang muda kita hargai jasa yang lama. Ketertiban kita adalah cerminan kepada penentu kestabilan perintis pelapis pemimpin masa depan kita bersama.

“Ini bukan soal mempertahankan pemimpin semata, tetapi ini soal prinsip mempertahan nilai keharmonian dan nama baik parti yang jangan sesekali dianggap murah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan