27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Suami isteri terkejut corak kalimah Allah pada tapak kasut dibeli

Mesti Baca

SEPASANG suami isteri terkejut apabila mendapati sepasang kasut jenama tempatan yang dibeli bagi persiapan hari raya didakwa mengandungi corak mirip kalimah Allah pada tapak kasut tersebut.

Pasangan tersebut menerusi satu rakaman video mendakwa, kasut tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang pada 31 Mac lalu tetapi baru tergerak untuk memeriksanya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, selepas diteliti ternyata corak pada bahagian tapak kasut tersebut dengan jelas tertera kalimah Allah.

“Pada mata saya amat jelah kalimah Allah di situ. Apakah benda-benda seperti ini menjadi trending pada masa kini, saya pun tak tahu,” katanya dengan nada kesal menerusi rakaman video menerusi Facebook hari ini.

Pengguna tersebut bercadang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut mendakwa membeli kasut jenama sama dan tidak menyedari terdapat corak dengan kalimah Allah pada tapaknya.

Advertisements

Dia mendakwa kasut tersebut dibeli oleh anaknya di premis kasut jenama tersebut dan tidak memeriksanya sehingga setelah dibawa pulang.

“Bila buka Tiktok hari ini ada tular kasut dengan kalimah Allah. Terus teringat anak ada beli kasut jenama sama minggu lepas, terus sahaja nak memeriksanya.

“Terkejut apabila buka kotak memang ada tertera kalimah Allah, Masya-Allah,” katanya menerusi akaun Tiktoknya hari ini.

Sehubungan itu, kedua-dua pengguna terbabit mahu memulangkan semula kasut tersebur kepada premis berkenaan dan menuntut kembali wang yang dibeli.

Bulan lalu heboh mengenai penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh rangkaian kedai serbaneka terkenal sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan