25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ramasamy berjaya kumpul derma bayar saman Zakir Naik

Mesti Baca

KEMPEN pendanaan awam yang dilancarkan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran hari ini.

Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, sehingga pukul 11 pagi ini jumlah yang berkaya dikumpulkan ialah sebanyak RMRM1,523,187.38.

Malahan katanya, jumlah itu berjaya dikumpulkn dalam tempoh 164 jam dan 30 minit sejak dilancarkan pada pukul 2.30 petang 2 November lalu.

“Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11 pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan padu kepadanta dengan menyertakan tanda pagar #SolidarityWithProfRama.

Berikutan itu, beliau turut memaklumkan kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini.

Ramasamy menyifatkan kejayaan itu sebagai usaha hebat daripada penyumbang di segenap lapisan masyarakat dan ia adalah hadiah Deepavali terbaik buatnya.

Advertisements

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November lalu memerintahkan Ramasamy membayar sebanyak RM1.52 juta kepada penceramah berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Zakir dilaporkan akan menyerahkan sepenuhnya pampasan yang diterima itu untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Ramasamy pula dilaporkan mahu merayu keputusan kes terbabit di Mahkamah Rayuan.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, pendakwah dari India itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ menerusi media sosial Facebook.

Zakir yang bertaraf penduduk tetap, turut berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.

Saman kedua Dr Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan