28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Kerani rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kerani wanita menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pelaburan rendah dengan keuntungan besar menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kerani bank berusia 52 tahun itu pada mulanya dihubungi oleh seorang suspek wanita pada 5 Okt lepas yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perunding agensi pelaburan.

“Suspek telah menerangkan kepada mangsa mengenai skim dan pelan pelaburan selama tiga hingga enam jam yang mampu memperolehi keuntungan sebanyak RM15,467 dengan pelaburan serendah RM300.

“Suspek juga telah menarik minat mangsa dengan memberitahu bahawa pelaburan ini tiada caj broker, tiada caj tersembunyi, pemindahan pulangan dengan segera dengan kos pelaburan rendah dan membawa pulangan keuntungan besar,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisements

Mengulas lanjut Ahmad Jamil berkata, tertarik dengan penjelasan suspek mangsa kemudiannya bersetuju untuk melabur dan membuat satu transaksi berjumlah RM300 ke dalam akaun bank atas nama seorang lelaki bagi memulakan pelaburan itu.

Beliau berkata, mangsa juga membuat 64 transaksi ke dalam 31 pemilik akaun berjumlah RM585,400 dengan pelbagai tujuan bagi pelaburan itu.

“Namun sehinggalah pada 27 Okt lepas, mangsa diberitahu kononnya dia diminta pihak syarikat telekomunikasi membuat bayaran pendahuluan bagi menyelesaikan bil telefon untuk pelaburan itu sebanyak RM10,000.

“Berasa tertipu untuk membayar bil tersebut mangsa kemudiannya membuat laporan pada 7 Nov lepas kira-kira pukul 11.40 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan