25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bayi lelaki lima bulan maut didera rakan lelaki ibu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAYI lelaki berusia setahun lima bulan dilaporkan maut dipercayai didera oleh rakan lelaki kepada ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima laporan dari Klinik Kesihatan Kampung Raja, di sini pada 8 November yang memaklumkan mangsa meninggal dunia di klinik itu.

Katanya, insiden tersebut dipercayai berlaku apabila bayi lelaki itu diserahkan kepada suspek untuk dijaga, kira-kira jam 4 petang Selasa.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan tidak sedarkan diri serta mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan ketika dihantar semula kepada ibunya kira-kira jam 7.30 pagi keesokan harinya.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kebocoran usus kecil pada bayi terbabit yang menyebabkan kematian.

“Bagaimanapun, punca kebocoran usus belum dapat dipastikan sama ada disebabkan trauma atau jangkitan kuman dan sampel perlu dihantar ke makmal,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Berikutan itu, Abdul Rozak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau keduanya.

“Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas ibu mangsa berusia 27 tahun yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan dan akan direman hari ini,”katanya.

Ujar beliau, pihak polis juga sedang mengesan rakan lelaki suspek.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Faiz Che Mamat di talian 014-6329916 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Besut 09-6956222, “katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan