27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Tempat penjaja tanpa lesen, halang laluan dirobohkan DBKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEMPAT berniaga penjaja tanpa lesen dan menghalang laluan awam di sekitar Jalan Gerai di Jalan 19/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur dikenakan tindakan penguatkuasaan Tindakan Pindah Halangan terhadap Struktur pada pagi ini.

Tindakan penguatkuasaan tersebut telah dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

DBKL mmenerusi kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menghalang laluan awam dan menyumbang kepada kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Advertisements

“Manakala di dua lokasi berdekatan, DBKL telah meletakkan planter box di siar kaki yang sebelum ini dijadikan tempat berniaga penjaja tanpa lesen,”menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, pihaknya juga akan menaiktaraf kawasan tersebut sebagai kawasan hijau dengan landskap yang bersesuaian bagi mengelakkan ia dicerobohi pada masa akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan