24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

1,157 pemandu mabuk ditahan di KL sepanjang 2021

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,157 pemandu mabuk telah ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 direkodkan oleh polis trafik Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 1,558 invidiu yang ditahan atas pelbagai kesalahn trafik.

Beliau berkata, selain memandu di bawah pengaruh alkohol, turut ditahan adalah kalangan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya menerusi pelbagai operasi yang dijalankan.

“Bagi kesalahan memandu secara berbahaya pula, seramai 287 individu ditahan dan diambil tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya selepas mengadakan Op Motosikal dan Op Mabuk di sekitar ibu negara malam tadi.

Zulkafli berkata, kesalahan-kesalahan lain adalah mempamerkan nombor plat pendaftaran palsu dan disyaki mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram masing-masing mencatatkan empat dan lima kes.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, dalam Op Selamat tahun ini yang bermula 1 Januari hingga semalam, seramai 235 individu ditahan bagi pelbagai kesalahan trafik dengan tangkapan tertinggi juga membabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol iaitu seramai 192 individu, manakala memandu secara berbahaya seramai 34 individu ditahan.

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan malam tadi di tiga lokasi di sekitar Kuala Lumpur, sebanyak 189 saman dikeluarkan dengan tiga pemandu mabuk ditahan dan tujuh motosikal disita.

“Dalam Op Selamat kali ini, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi dan fokus terhadap pemandu mabuk dan penunggang motosikal bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya terutama ketika musim perayaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan