26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Elak kecacatan kekal, diskriminasi akibat kusta – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KADAR kecacatan kekal dilaporkan dalam kalangan pesakit kusta adalah antara 0.02 hingga 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, dalam erti kata lain empat hingga lapan peratus daripada keseluruhan kes kusta baharu dilaporkan setiap tahun.

Menurut beliau, jika dijangkiti dan lewat dikesan serta tidak diberi rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit.

“Kecacatan kekal ini mengundang kepada banyak masalah sosial ke atas pesakit dan keluarganya. Ia juga menjejaskan kualiti hidup dengan menjadikan pesakit tidak berupaya menguruskan diri sendiri lantas bergantung harap atas belas ehsan dan bantuan ahli keluarga serta jiran tetangga.

“Sempena sambutan Hari Kusta Sedunia 2022 pada hari ini, mari kita tingkatkan usaha mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta,” katanya dalam satu kenyataan media, sempena sambutan Hari Kusta Sedunia, hari ini.

Tema sambutan kali ini adalah Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi.

Khairy menggesa semua pihak untuk sama-sama meningkatkan usaha mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka.

Advertisements

“Ia berikutan penyakit kusta berkenaan bukan suatu ‘sumpahan’ atau penyakit keturunan, sebaliknya penyakit berjangkit boleh sembuh melalui pemberian rawatan terapi pelbagai jenis ubatan.

“Kusta adalah penyakit kuno yang direkod seawal 1,500 tahun sebelum masihi serta tidak mudah dijangkiti.

Ujar Khairy lagi, pesakit kusta perlu diberikan hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang mesra pelanggan dan mudah capai.

“Setiap pesakit perlu bebas daripada cemuhan atau pengusiran akibat dari penyakit atau kecacatan fizikal yang terjadi.

“Jika mereka mengasingkan diri, sama-sama kita mendekati mereka dengan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan.

“Hormati mereka, berikan kebebasan untuk mereka bergaul dan peluang untuk menikmati kehidupan sejahtera, sama seperti orang lain,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan