27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

PRN Johor: UMNO tidak tawar habuan kepada Mazlan, Izhar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertindak keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan bagi kedua-dua individu berkenaan untuk memasuki UMNO.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap berterima kasih atas sokongan dibuat kedua-dua mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Buat waktu ini tiada sebarang permohonan (masuk UMNO) daripada mereka berdua. Tetapi kami mahu ucapkan terima kasih kerana tiada sebarang habuan yang dijanjikan kepada mereka.

“Mereka membuat keputusan itu (keluar Bersatu) dengan sukarela dan suci hati tanpa kami janjikan apa-apa. Itu kehendak mereka yang mahu menyokong Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan BN,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Parti Makkal Sakti Malaysia yang diadakan di Hotel Granada, di Johor hari ini.

Baca juga:   PN umum manifesto berteraskan 8 tunjang utama

Turut hadir, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R. S. Thanenthiran; Pengerusi Makkal Sakti Johor, Datuk Seri Dr. M. Suriya dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah.

Terdahulu bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad mengumumkan keluar Bersatu serta-merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga:   Mahathir terdesak guna ‘politik label’ burukkan pemimpin UMNO

Kedua-dua mereka yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut memberitahu tidak meyakini hala tuju parti berkenaan.

Sementara itu, Ahmad tidak menafikan kemungkinan akan ada bekas ADUN Bersatu lain yang akan mengikut jejak langkah Mazlan dan Mohd. Izhar dalam menyatakan sokongan terhadap BN menjelang PRN Johor ini.

“Sama ada akan terdapat ADUN lain itu kita perlu tunggu dan lihat. Jadi untuk rakan-rakan di luar sana, jika ahli Bersatu yang merupakan antara individu terawal penubuhan parti pun keluar parti, jadi pandai-pandailah buat rumusan,” jelasnya.

-EDISI9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan