25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Kestabilan politik perlu diutamakan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Ismail Sabri, ia penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan semua perancangan yang telah dan sedang dibuat untuk membantu rakyat dalam situasi sukar akibat pandemik COVID-19.

“Jika ada yang menarik sokongan, betul kerajaan akan tumbang. Itu adalah fakta.

“Kalau Perikatan Nasional (PN) malah sesiapa juga termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dalam kalangan UMNO sendiri menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan tumbang kerana kita hanya ada kelebihan empat kerusi.

“Tapi saya percaya kestabilan politik yang penting. Jika timbul perkara seperti ini, politik kita kembali bergolak dan ekonomi juga akan terjejas akibat tindakan itu,” katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

Baca juga:   PICKids: Tempahan janji temu dibuka mulai Isnin ini

Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan media berkata bahawa sokongan parti itu bersama Pas terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berpandangan, perkara itu perlu ditentukan oleh parti dan tidak menolak kemungkinan presiden parti-parti terlibat untuk duduk berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama. -Edisi 9

Baca juga:   PKPD taman perumahan Telok Ira mula 21 Februari

Wartawan

Terkini

Tok Mat menghadap Sultan Brunei, jemput Baginda ke LIMA’23

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima sembah menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu lawatan rasmi...

Lagi Artikel Berkaitan