36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

100% mangsa banjir di Bera telah terima BWI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERATUS peratus mangsa banjir di daerah Bera membabitkan jumlah penerima seramai 2,500 telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000.

Manakala, seramai 1,170 ketua isi rumah menerima Bantuan Pemberian Barangan Keperluan sebanyak RM2,500.

Bantuan berkenaan telah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur 2021/2022 Daerah Bera hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ismail Sabri berkata, sebagai ketua keluarga, beliau akan menjaga kebajikan semua anggota Keluarga Malaysia tanpa mengira, kaum, bangsa dan agama untuk memastikan tidak ada yang ketinggalan.

“Begitu juga sebagai adik beradik, kita tidak akan membiarkan ahli keluarga lain apabila mereka kesusahan.

“Ini bersesuaian dengan konsep kebersamaan dalam Keluarga Malaysia yang kerajaan perkenalkan.

“Konsep ini turut diterjemahkan menerusi Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang kerajaan berikan kepada mangsa-mangsa banjir Monsun Timur Laut baru-baru ini dengan penyaluran pelbagai bentuk bantuan demi meringankan beban yang ditanggung.

“Di Bera, seratus peratus daripada seramai 2,500 mangsa banjir telah menerima BWI sebanyak RM1,000 dan Bantuan Pemberian Barangan Keperluan sebanyak RM2, 500 dengan 1,170 Ketua Isi Rumah menerimanya hari ini di Dewan Majlis Daerah Bera,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, agihan bantuan banjir Keluarga Malaysia selain bantuan wang ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 akan bermula 10 Januari 2022.

Ismail Sabri berkata, daripada segi penerimanya, kerajaan boleh dikatakan telah mempunyai hampir semua nama ketua isi rumah (KIR) yang layak.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan