26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

14 pemandu mabuk ditahan dalam operasi hujung minggu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 14 lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam beberapa operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selama tiga hari bermula Khamis lalu di sekitar ibu negara.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kesemua yang ditahan itu berumur dalam lingkungan 25 hingga 54 tahun mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik dan akan dituduh dibawah seksyen yang sama.

“Dalam operasi selama tiga hari itu, pihak JSPT turut mengeluarkan sebanyak 361 saman ke atas pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Samseng Jalanan, Ops Motosikal dan Ops Pelbagai di sekitar pusat bandar, Jalan Genting Klang, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Razak.

“Kita turut menyita 22 buah motosikal mengikut Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Advertisements

“Motosikal yang disita ini akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah kepada struktur asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkafli berkata, seorang penunggang motosikal berumur 16 tahun turut ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 29(1) AKK 1955 dan akan dituduh dibawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

Menurutnya, operasi yang membabitkan kolabrasi JSPT dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur turut mengeluarkan sebanyak 10 saman terhadap penunggang motosikal yang telah melakukan kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan