28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jurulatih jualan penapis air kempunan beli Mercedez A45

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG jurulatih jualan sebuah syarikat penapis air kempunan untuk membeli kereta mewah berjenama Mercedez A45 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian di Telegram.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 43 tahun mengalami kerugian RM39,000 dan tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan pada Sabtu selepas kenderaan yang dibeli itu gagal diserah seperti dijanjikan.

Menurutnya, kejadian bermula selepas mangsa melihat satu iklan jualan kereta lelong melalui aplikasi Telegram dan menghubungi nombor tertera ketika berada di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan pada Isnin lalu.

“Mangsa berhubung dengan seorang penjual dikenali ‘Encik Fauzi’ yang mendakwa dirinya kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya dan menyatakan hasratnya untuk membeli kereta Mercedez dijual suspek.

“Suspek menghantar sebuah kereta jenis Toyota Wish bagi kegunaan sementara mangsa sebelum kereta Mercedez dibeli didakwa akan dihantar ke rumahnya.

“Suspek kemudian meminta supaya bayaran segera dibuat sebelum mangsa memindahan wang sebanyak RM39,000 melalui tiga transaksi secara dalam talian menerusi nombor akaun bank diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas pembayaran dibuat, mangsa memaklumkan kenderaan Mercedez yang dibeli akan tiba di Kuantan dalam masa dua hari lagi.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa mendapati kereta Toyota Wish yang diberikan suspek hilang selepas kenderaan itu diletakkan di hadapan rumahnya.

“Mangsa beberapa kali cuba menghubungi suspek tetapi gagal dan mengesyaki kenderaan itu telah diambil oleh suspek.

“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada petang semalam,” ujarnya.

Mohd Wazir berkata, modus operandi yang digunakan suspek adakah dengan memperdaya mangsa dalam urusan pembelian kereta di Telegram.

Ujar beliau lagi, suspek juga memberi sebuah kenderaan lain untuk digunakai sementara bagi tujuan menyakinkan mangsa.

“Tindakan itu, sebenarnya mendorong mangsa untuk membuat pembayaran, setelah pemindahan wang dibuat kenderaan tersebut akan diambil semula dan kereta yang dibeli pula tidak diterima,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan rakaman percakapan mangsa juga telah diambil.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan