24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Wakil belia dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELDA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk melantik wakil belia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu sebagai pengiktirafan kepada peranan belia sebagai aset negara dan idea-idea baharu mereka penting bagi membangunkan tanah air.

“Bagi mengiktiraf belia Felda, saya bersetuju supaya melantik wakil mereka sebagai Ahi Lembaga Pengarah Felda bagi bersama-sama membangunkan Felda,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Kami Anak Felda (KAF) dan Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (PERSADA) di Menara Felda, Kuala Lumpur malam tadi.

Hadir sama Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada majlis itu, Ismail Sabri meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada MBFM, RM200,000 bagi KAF dan RM100,000 untuk PERSADA.

Beliau turut mengumumkan Idris yang juga Ahli Parlimen Besut kekal sebagai Pengerusi Felda untuk tempoh dua tahun lagi.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, pihaknya berharap pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka (PPP) dapat dipercepatkan kerana ia bukan sahaja akan menjana pendapatan tambahan kepada peneroka, malah mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga Felda.

Advertisements

“Peruntukan sebanyak RM1 bilion perlu digunakan dengan sebaiknya bagi membolehkan warga Felda terbabit di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.

“Ini akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Sebagai contoh, Ismail Sabri berkata, projek tanaman nanas MD2 di Felda Besout perlu diperluaskan bukan sahaja di peringkat tanaman, malah turut diwujudkan industri hiliran seperti pengetinan, jus minuman dan snek yang akan memberikan nilai tambah tinggi di pasaran termasuk untuk eksport.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami generasi baharu yang sukar untuk mendapatkan pembiayaan bagi memiliki rumah sendiri sehingga terpaksa tinggal bersama ibu bapa.

“Oleh itu, kerajaan dalam Bajet 2022 telah mengumumkan skim jaminan kredit perumahan dengan dana RM2 bilion untuk bantu generasi kedua yang tidak ada slip gaji tetapi boleh mendapatkan pinjaman dan pinjaman itu dijamin kerajaan.

“Projek perumahan ini menjadi aspek penting dalam meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti Felda keseluruhannya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan