27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

PRN Johor tiada kaitan kluster mahkamah – Annuar

Seruan itu tidak lebih daripada satu percubaan menyekat kebangkitan rakyat untuk bersama UMNO dan BN.

Mesti Baca

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan bulan depan tidak ada kaitan sama sekali dengan ‘kluster mahkamah’ sebaliknya langkah itu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat demi kestabilan negeri.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, adalah sangat tidak munasabah menyeru rakyat tidak memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) bagi menyekat ‘kluster mahkamah’ daripada berkuasa.

Beliau berkata, ‘kluster mahkamah’ yang didakwa itu bukan merupakan isu bagi PRN Johor, Melaka, Sarawak atau mana-mana negeri tetapi isu individu, persoalan undang-undang dan proses mahkamah.

“Tidak jelas, dari mana datangnya isu memberi kuasa kepada kluster mahkamah? Ia tidak lebih dari satu percubaan menyekat kebangkitan rakyat untuk bersama UMNO dan BN.

“Setiap PRN ada meritnya sendiri. Bagi PRN Johor, ia memberi mandat kepada rakyat Johor yang mahukan politik Johor yang lebih stabil, mandat yang lebih kukuh dan mengembalikan Johor kepada politik kemajuan dan pembangunan yang membawa kesejahteraan kepada negeri Johor,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyeru para pengundi di Johor agar menolak BN dalam PRN negeri itu 12 Mac ini bagi menyekat kluster mahkamah daripada berkuasa.

Kluster mahkamah yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Baca juga:   Dua beranak ditahan disyaki pecah amanah lebih RM300 juta
Baca juga:   i-Sinar KWSP: Najib belum mahu mengalah, desak kriteria dimansuh

Sebelum ini Muhyiddin dan Najib dilihat berbalah secara terbuka dengan saling melakukan ‘serangan’ peribadi menerusi media sosial.

Annuar berkata, mana mungkin soal kepentingan rakyat dan negeri Johor cuba diperkecilkan dan disempitkan menjadi isu individu dan personaliti tertentu semata-mata.

Jelasnya, negeri itu sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri sudah berada di bawah kepimpinan seorang Menteri Besar daripada UMNO tetapi keadaan majoriti terlalu tipis mengakibatkan keadaan politik tidak stabil dan mengganggu fokus pentadbiran negeri.

“MB (Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad) berpandangan beliau memerlukan mandat yang lebih kuat dan politik negeri yang lebih stabil agar beliau dapat menumpukan perhatian membela rakyat dan membangunkan negeri.

“Jelas, beliau memohon mandat rakyat dan menyerahkan kembali pilihan kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, adalah tidak wajar dan sama sekali tidak perlu untuk mengheret rakyat Johor ke dalam sengketa peribadi di antara individu tertentu.

“Masalah individu dan urusan yang berkaitan undang-undang dan proses mahkamah juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memperjudikan nasib rakyat Johor,” katanya.

Justeru, Annuar yang sebelum ini dikatakan antara pemimpin UMNO “mesra” Muhyiddin berkata, PRN itu perlu disambut oleh pengundi dan rakyat Johor demi kemajuan dan kesejahteraan negeri itu.

Beliau menegaskan, BN dan jentera pilihan rayanya tidak akan mudah tersasar dengan provokasi yang bertubi-tubi terhadap parti itu.

Baca juga:   i-Sinar KWSP: Najib belum mahu mengalah, desak kriteria dimansuh

Katanya, UMNO dan BN akan terus memberi fokus kepada rencana untuk memajukan negeri Johor serta membina keyakinan rakyat berdasarkan ‘track record’ parti itu selama ini.

“Rakyat Johor sudah merasai pengalaman dan mengenali semua parti dan personaliti. Sudah pasti atas pengalaman ini, rakyat Johor berupaya membuat penilaian sendiri. Rakyat Johor tidak akan tertipu sekali lagi.

Baca juga:   Bersatu terima peletakan jawatan Wan Saiful - Muhyiddin

“Kita akan terus gembeling tenaga dalam satu saf yang padu,turun membantu rakan rakan umno dan BN Johor.Kita tidak menentang sesiapa dan tidak perlu menyerang sesiapa. Kita turun menemui rakyat merayu mandat yg kuat dan memberi komitmen bersedia utk berkhidmat.

“Kita teruskan solidariti bersama rakyat,dan meneruskan komitmen tradisi membela rakyat, insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan