31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

SOP kempen PRN Johor lebih longgar – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSEDUR operasi standard (SOP) pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual bermula 26 Februari ini akan lebih longgar berbanding PRN Melaka dan Sarawak yang lalu.

Itu kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memaklumkan SOP bagi PRN Johor telahpun dimuktamadkan oleh kementeriannya.

Kelonggaran itu, jelas beliau, akan lebih banyak perkara dibenarkan sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berkata, perkara itu bagaimanapun akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

“Meskipun kita sedang menghadapi gelombang Omicron, PRN Johor masih boleh diteruskan, tetapi SOP itu masih lagi ketat bukanlah (bebas) seperti sebelum tempoh pandemik COVID-19 lalu.

“Ada perkara yang KKM tidak benarkan, namun garis panduan yang akan dibenarkan itu lebih banyak berbanding ketika kita jalankan PRN Melaka dan Sarawak yang lalu.

“KKM juga sudah buat kajian dari segi kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam yang mana kita yakin bahawa PRN boleh dilaksanakan dan terpulang kepada pematuhan orang ramai termasuk pemimpin politik,” katanya.

Baca juga:   Kanak-kanak 12 tahun maut dalam kebakaran rumah

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Promosi Kesihatan antara Wellness Hub KKM dan rakan strategik di Wellness Hub, Bagan Pinang, lapor Astro Awani.

Mengulas lanjut katanya, mengambil kira kejayaan pelaksanaan PRN Melaka dan Sarawak lalu yang tidak mencetuskan kluster dengan garis panduan yang dikeluarkan, tiada sebab untuk tidak meneruskan PRN di Johor.

Malahan katanya, beberapa negara luar juga mengadakan pilihan raya dalam tempoh pandemik COVID-19 memandangkan gelombang Omicron ketika ini tidak memberi gejala teruk kepada mereka yang dijangkiti virus berkenaan.

“(Ketika) PRN Melaka dan Sarawak lalu ramai yang mengecam saya membenarkan pilihan raya itu diteruskan kononnya mengatakan saya memudaratkan negara sedangkan ketika itu kita sudah yakin dengan liputan vaksin.

Baca juga:   4,879 kes baharu harian COVID-19; 9 kluster

“Tetapi yang cakap itu tidak bertanggungjawab tidak mengakui bahawa dari segi kesihatan awam, kita sudah berjaya yang mana tiada kluster direkodkan berpunca daripada pelaksanaan dua PRN itu,”tambahnya.

Justeru katanya, beliau mengharapkan semua pihak mematuhi SOP yang telah dimuktamadkan bagi memastikan penularan jangkitan virus COVID-19 dapat dikawal selain tiada kluster direkodkan daripada pilihan raya berkenaan.

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan